Mendapat Gangsa Dalam Pertandingan Idea Inovasi Kreatif KIK UNIMAS 2020

Tahniah diucapkan kepada kumpulan ISITI terutamanya kepada Puan Bunia, Puan Nor Safura, Puan Samsina, Puan Dayang Norilila dan Encik Mohd Zaki kerana telah mendapat Gangsa di dalam pertandingan Idea Inovasi Kreatif KIK (Kumpulan Inovasi Kreatif) UNIMAS 2020. 

Pertandingan Idea Inovasi Kreatif KIK UNIMAS 2020 yang telah diadakan pada bulan November 2020 dengan tema ‘Menavigasi Produktiviti dalam Persekitaran Normal Baharu dengan Budaya Inovasi & Integriti’ mempunyai tiga kategori pertandingan iaitu yang pertama ialah pertandingan poster kreatif KIK, kedua ialah pertandingan pembentangan kajian kes yang dibuka kepada staf bukan akademik dan yang ketiga ialah TRIZ UNIMAS untuk staf akademik dan bukan akademik. Pihak ISITI telah memasuki pertandingan tersebut untuk kategori kedua dengan membentangkan kajian kes bertajuk ‘Penggunaan TRELLO Sebagai Platform Pengurusan Pejabat Semasa Mendepani Normal Baharu’

Format pertandingan ini keseluruhannya mengaplikasikan Norma Baharu khususnya semasa sesi pembentangan iaitu menggunakan platform ZOOM selain daripada kriteria pemarkahan yang mengambilkira proses yang kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah pengurusan kerja dalam mendepani Norma Baharu di setiap PTJ di dalam UNIMAS. 

Majlis penyampaian anugerah pertandingan telah diadakan di Dewan Mutiara, DeTAR Putra, UNIMAS yang telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi serta Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman. Turut diadakan adalah majlis ceramah ‘Borneo Leadership Talk Series’ bertajuk ‘Menyelami Cabaran Norma Baru dan Tuntutan Perubahan Minda’ yang telah disampaikan oleh Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman selaku Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS.